Dodol Kacang

Ramuan / Bahan

500 gm kacang tanah (direndang,dibuang kulitnya & digiling hingga lumat)
Secubit garam
6-7 helai daun pandan (disimpulkan)
300 ml santan 250 gm gula melaka (dicincang)
90 gm tepung gandum (diayak)
5 biji telur (dipukul)

Cara-cara

Satukan bahan yang pertama dalam sebuah peruik & jerang atas api yang angat kecil.Kacau perlahan-lahan hingga mendidih. Masaklah hingga pekat, kenudian angkat dari api. Tapis campuran itu & buangkan daun pandan.Biarkan sejuk.Campurkan tepung ke dalam telur,kemudian pukul rata-rata selama 3-5 minit. Masukkan ke dalam camuran kacang yang telah disejukkan.Jerang semuala di atas api yang sangat kecil. Masaklah dengan berkacau hingga campuran itu kental.Ujilah dengan mencubit campuran itu sedikit. Ia seharusnya tidak melekit. Tuangkan ke atas daun pisang yang telah dilayurkan atau kertas lilin.Bentukkan supaya menjadi empat persegi sama atau bujur dengan melipatkan bahagian-bahagian tepinya. apabila sejuk. Bukalah bunkusan itu & hidangkan setelah dipotong berkeping-keping.