Sup Sirip Ikan Yu (Tiruan)

Ramuan / Bahan

1 paket Knorr seafood soup
20g Suun diredam sehingga lembut (dipotong sepanjang 2 inci)
100g Daging ayam yang direbus
(dicarik dagingnya)
1 ekor ketam direbus dan diambil isinya
1 biji telur
2 sudu besar cuka hitam (Black vinegar)

Cara-cara

Bancuh Knorr seafood soup dengan air (5 cawan besar)biar sebati dan tuang dalam
periuk untuk didihkan.

Jangan tutup periuk tersebut dan kacau sehingga sebati.Apabila soup didih masukkan cebisan daging ayam, ketam dan akhir sekali suun.

Sebelum dihidangakan pecah sebiji telur dan bancuh dengan cepat ke dalam sup tersebut.(Api biarlah kecil)

Akhir sekali jangan lupa tabur cuka hitam kedalam sup tersebut.