Sup Sayur Pak Choy

Ramuan / Bahan

1 ikat pak choy (sawi pendek)
600 ml air kosong
1 peket tauhu telor (dipotong bulat2)
suhun (ikut selera)
2 ulas bawang putih untuk menumis
1 sudu besar minyak masak
½ kiub ikan bilis knorr
sedikit ikan bilis mentah direndam seketika
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga hampir kuning dan masukkan air. Biar sampai mendidih sambil itu masukkan kiub ikan bilis & ikan bilis mentah.

Tauhu telor digoreng dgn separa minyak, tidak perlu terlalu garing. Angkat dan toskan baki minyak.

Masukkan suhun ke dalam sup yang sedang mendidih. Biar empuk kemudian masukkan pula tauhu telor, pak choy dan garam secukup rasa.