Sup Sayur Masam Manis

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak masak
400 gm udang besar
1 biji bawang besar (didadu kecil)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
750 ml air
2 batang lobak merah (didadu kecil) 4 biji tomato (dihiris lapan)
1 kiub pati rebusan tomyam
1 kiub pati rebusan ayam
1 biji timun (didadu kecil)
70 gm kacang kuda (direbus empuk)

Cara-cara

Panaskan minyak masak dalam periuk. Goreng udang bersama bawang besar dan bawang putih hingga ia terbit bau. Biar hingga udang masak dan angkat. Masukkan air bersama lobak merah, tomato, pati rebusan tomyam, pati rebusan ayam di dalam periuk yang sama. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan timun bersama kacang kuda. Biar ia selama lima minit sebelum diangkat. Hidang sup panas-panas bersama udang tadi.