Sup Sayur Campur Berkacang Dal

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak sayuran
3 biji bawang besar (dicincang halus)
150 gm kacang dal merah (direbus sehingga lembut dan disejat)
120 gm saderi (dincang halus)
3 batang lobak merah (dibuang kulit dan dicincang halus)
3 batang lobak merah (dibuang kulit dan dihiris nipis)
2 biji lada benggala (dibuang kulit dan dihiris nipis)
150 gm lik (dihiris nipis) 5 biji buah tomato (dibuang biji dan dipotong kecil)
Sedikit garam
1250 ml pati rebusan ayam (direbus sendiri) atau 1 ketul pati rebusan ayam (dibancuh bersama 1,250 ml air)
Sedikit lada hitam
Sedikit susu kurang lemak
Sedikit krim putar (diputar sebagai hiasan)

Cara-cara

Panaskan minyak sayuran di dalam periuk. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih sehingga ia terbit bau.

Masukkan bahan-bahan lain, kacau sehingga ia sebati. Biar ia sehingga sayur empuk dan masak.

Kisar sup sehingga ia habis. Tapis sup dan masukkan ia semula ke dalam periuk, biar ia di atas api perlahan sehingga ia mendidih sebentar.

Masukkan lada hitam dan susu kurang lemak jika suka. Tuangkan sedikit krim putar di atasnya, lorek ia dengan lidi koktel supaya ia berbentuk bintang.