Sup Sayur & Bebola Daging

Ramuan / Bahan

4 biji bawang putih dikisar
4 biji bawang merah dikisar
sedikit minyak
1 ketul kiub pati ayam Maggi
15 ketul bebola daging
sedikit ikan bilis dikisar
kobis bunga
lobak merah
jagung muda

ubi kentang dipotong dadu
tauhu potong petak
cendawan butang
sedikit garam
sedikit bahan perasa
daun sup
daun bawang
bawang goreng
air

Cara-cara

1.Panaskan minyak, tumis bawang merah,
dan bawang putih hingga naik bau.Masukkan ikan bilis yang dikisar dan kacau hingga kekuningan.
2.Masukkan air dan kiub pati ayam Maggi tadi.Biar ia mendidih seketika.
3.Setelah itu masukkan bebola daging,tauhu,kobis bunga,lobak merah,jagung muda,ubi kentang dan cendawan butang. Biarkan semua bahan ini empuk seketika.
4.Masukkan garam dan sedikit bahan perasa.Kacau seketika dan sup sayur dan bebola daging ini siap untuk dihidang.