Dodol Halia

Ramuan / Bahan

500 gm tepung pulut
300 gm halia muda (diparut)
700 gm gula Melaka 500 gm gula pasir (bahagikan dua 250 gm dimasak bersama dan bakinya untuk ditabur)
1 liter air

Cara-cara

Semua bahan-bahan dibancuhkan bersama hingga sebati rasa, setelah itu dimasak di atas api yang sederhana sambil dikacau hingga sebati. Setelah diangkat biarkan sejuk kemudian taburkan baki gula pasir ke dalamnya sambil digaulkan ke dalamnya. Kemudian bolehlah dibentuk atau dibungkus jika suka.