Sup Sawi Asin (merebus)

Ramuan / Bahan

75 gm sawi asin
150 gm udang hidup
1 sudu kecil tepung jagung
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih 750 gm air
Gula, garam & lada sulah (secukup rasa)
1 sudu besar minyak
2 tangkai daun bawang

Cara-cara

Bersihkan sayur-sayuran & udang. Rendam sawi asin dalam air selama 1/2 jam. Udang dibasuh kemudian dicincang halus. Masukkan tepung jagung, gula, garam & lada sulah ke dalam mangkuk ini & gaul rata-rata & bulat-bulatkan adunan ini menjadi bentuk-bentuk guli. Kupas bawang
merah, bawang putih & basuh. Mayang bawang merah & cincang bawang putih. Keluarkan sawi asin. Perah airnya, tanggalkan batang & potong berasingan 4 x 2.5 cm. Masak sup. Panaskan minyak dalam periuk. Goreng bawang hingga kuning, masukkan air & biarkan hingga mendidih. Masukkan sedikit lada sulah. Apabila mendidih, masukkan guli-guli udang kemudian sayur-sayuran. Kecilkan api, masak perlahan-lahan hingga berbau wangi. Hidangkan semasa panas & hiaskan dengan daun bawang.