Sup Sawi

Ramuan / Bahan

250 gm sawi hijau/sawi bunga (diasingkan sayur & batang;dipotong-potong)
2 sudu minyak makan
2 kuntum bunga lawang
1 kuntum bunga cengkih
3 ulas bawang putih (dititik)
90 gm kulit ayam (dipotong kecil-kecil) 125 kepak ayam (dipotong kecil-kecil)
1.2 leter air
Garam secukup rasa
90 gm bahagian ayam (hati,jantung,hempedal & lain-lain)
2 biji sedang tomato (dicincang)
2 sudu bawang goreng)

Cara-cara

Pijarkan minyak atas api yang kecil & masukkan kesemua rempah kering. Apabila telah wangi,masukkan bawang putih & teruskan menggoreng hingga pucat warnanya. Masukkan kulit ayam & goreng selama 1 minit, Kemudian masukkan kepak-kepak ayam.Gorengkan hingga kuning-kekuningan.Kecilkan api. Campurkan air & garam.Biarkan ia mendidih dengan perlahan-lahan & terus mendidihnya selama 10 minit. Masukkan pula bahagian dalam ayam & didihkan selama 2 minit. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit. Masukkan batang sawi & masak hingga lembut. Masukkan pula daunnya & tomato. Apabila layu sahaja rasalah garamnya & angkat dari api. Isikan ke dalam mangkuk & hiaskan dengan bawang goreng. Hidangkan panas-panas.