Sup Rusa Berempah

Ramuan / Bahan

1.2 kg tulang rusa
3 cm halia
8 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 kuntum bunga lawang
Sedikit lada hitam
20 gm serbuk kas-kas
Sedikit kulit kayu manis 200 gm lobak merah
400 gm kentang
50 gm seleri
3 liter air rebusan daging rusa
50 ml minyak masak
1 biji limau nipis
Sedikit garam dan gula

Cara-cara

Tumis hingga naik bau bawang kecil, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang dan serbuk kas-kas.

Masukkan air rebusan daging dan tulang rusa.

Biar mendidih, kemudian masukkan sayuran seperti kentang, lobak merah dan seleri, juga perahan limau nipis.

Masukkan gula, lada hitam dan garam secukup rasa serta hiaskan dengan taburan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.