Sup Nasi Ayam

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam
1 kiub stok ayam
1 inci halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
1 peket rempah sup bunjut Adabi
1 pokok daun sup
Bawang goreng
Garam
1 periuk air

Cara-cara

Masukkan air ke dalam periuk lalu taruh ayam, stok ayam. Bawang putih, halia dan bawang merah digiling lalu di bahagikan dua bahagian. 1 bahagian dicampur ke dalam air rebusan ayam dan 1 bahagian lagi untuk dibuat tumisan.
Apabila air rebusan mendidih dan ayam agak empuk. Tutup periuk. Separuh lagi rempahan giling tadi ditumis sehingga harum. Masukkan rempah sup bunjut dan air rebusan ayam. Taruh garam secukup rasa. Untuk hiasan taburkan bawang goreng dan daun sup.