Sup Mushroom & Salmon

Ramuan / Bahan

5 sudu makan minyak zaiton
2 biji bawang besar dipotong halus
6 ulas bawang merah dipotong halus
5 ulas bawang puteh dipotong halus
250 gm button mushroom segar dipotong dadu
250 gm shitake mushroom segar dipotong dadu
500 gm daging ikan salmon dipotong dadu
500 gm kentang dipotong dadu dan direbus hingga empok
1 ltr susu segar (bukan UHT)
garam
2 sudu teh serbok stok ayam
serbok lada hitam
sedikit daun oregano, basil & pudina kering atau rempah Italian (Mccormick) Bahan-bahan untuk dikisar:
2 biji kentang
100 gm button mushroom
150 gm shitake mushroom
1 biji bawang besar
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang puteh
air secawan

Cara-cara

Panaskan minyak zaiton dan masukkan bawang besar, bawang merah dan bawang puteh yang dipotong halus, goreng sehingga layu kemudian masukkan kentang yang telah direbus diikuti dengan mushroom. Goreng selama 2 minit lagi kemudian masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan susu segar. Tunggu hingga mendidih, masukkan daging ikan salmon, serbok stok ayam, serbok lada hitam, garam, rempah Italain atau oregano, basil & pudina.
apabila mendidih sekali lagi matikan api dan hidangkan.