Sup Minestroni

Ramuan / Bahan

2 camca besar minyak zaitun
1 biji bawang merah (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dicincang halus)
750 ml pati rebusan ayam
50 kacang merah yang besar (direbus sehingga lembut dan disejat)
40 gm pasta kecil (dibersihkan dan dihiris halus) 2 biji buah tomato (dibersihkan dan dicincang halus)
5 helai daun kubis (dibersihkan dan dihiris halus)
1 biji kentang (dibuangkan kulit, dibersihkan dan didadu kecil)
3 helai daun salam
Sedikit daun oregano
Sedikit Rosemary
Garam secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak zaitun di dalam periuk sederhana besar. Tumiskan bawang merah bersama bawang putih sehingga ia layu.

Masukkan pati rebusan ayam, biarkan ia mendidih sebentar.

Masukkan kacang merah bersama pasta kecil, saderi, tomato, daun kubis dan kentang. Perlahankan api, biarkan ia sehingga masak.

Kemudian masukkan daun salam bersama daun oregano, rosemary dan garam. Biarkan ia selama seminit. Angkat dan hidangkan ia panas-panas.