Sup Masan Manis Szechuan

Ramuan / Bahan

1 liter air
2 cm. kepingan halia, dihiris nipis
120 g. hirisan nipis daging ayam
3 kuntum cendawan kering kembang, dihiris halus
3 kuntum kulat hitam kembang, dihiris halus
50 g. rebung dalam tin, dimayang (boleh ganti dengan kobis jeruk yang hiris nipis-nipis)
2 camca besar Stok Pekat Ayam MAGGI
1½-2 camca besar Kicap Cair MAGGI
3 camca besar Sos Cili Bawang Putih MAGGI
1 camca teh gula
lada sulah secukup rasa 3 camca besar tepung jagung, campur dengan
3 camca besar air
100 g. tauhu lembut, dipotong kiub kecil
1 camca teh minyak bijan
1 biji telur, dipukul sedikit
1 pokok daun bawang, dihiris halus
1 pokok daun ketumbar, dihiris halus
1-2 camca besar cuka hitam ( cuka biasa pu boleh)

Cara-cara

1. Dalam periuk, masak air hingga mendidih. Masukkan halia, ayam, cendawan, kulat dan rebung/kobis jeruk. Renih selama 5 minit.

2. Masukkan Pati MAGGI, Kicap MAGGI, Sos MAGGI, gula dan lada sulah dan cuka hitam. Masak hingga sup mendidih

3. Masukkan campuran tepung jagung dan renih hingga sup hampir pekat. Masukkan tauhu dan minyak bijan. Renih selama 1 minit lagi.

4. Akhir sekali apabila sudah hampir masak masukkan sedikit demi sedikit telur dan kacau rata.