Sup Mamak

Ramuan / Bahan

1 kg tulang / ekor lembu
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
5 labu bawang besar (dimayang kasar) 5 ulas bawang putih (dihiris halus)
2 cm halia (dihiris panjang)
5 biji tomato (dibelah 2)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak, tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang besar, bawang putih & halia sehingga beraroma. Masukkan tomato, air diikuti tulang / ekor lembu. Rebus sampai empuk. Proses ini memakan masa yang panjang. Tuangkan lagi air seandainya tulang belum empuk. Sup yang siap berwajah agak pekat. Masukkan garam & serbuk perasa jika mahu.