Sup Macaroni Cendawan Special

Ramuan / Bahan

Macaroni

Untuk Kuah
1. 1 ½ biji bawang besar (dicincang halus)
2. 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
3. Seinci halia (dicincang halus)
4. Isi ayam (dipotong dadu)
5. Daging lembu (dipotong nipis)
6. Bebola daging (boleh dibeli siap)
7. Cendawan tiram (dihiris kasar)
8. Cendawan cina (dihiris kasar)
9. Cendawan butang (dihiris nipis)
10. Sedikit suhun
11. i ½ sudu Sos tiram
13. Sup Bunjut
14. Sedikit minyak bijan.
15. Sedikit lada sulah
16. Daun Sup/Bawang
17. Daun Saderi
18. Bawang goreng (buatan sendiri lagi sedap)
19. Garam & Gula secukup rasa.

Cara-cara

Tumis Bawang besar & putih serta halia dengan minyak masak dan minyak bijan) Setelah garing, masukkan isi ayam, daging serta bebola daging serta sos tiram. Kemudian masukkan air (mengikut sukatan sendiri). Rebus sebentar, setelah mendidih masukkan semua cendawan, daun saderi, sup bunjut, lada sulah. Bila dah didih, masukkan sedikit suhun. Akhir sekali rasakan dengan garam dan gula.