Sup Labu Berkrim

Ramuan / Bahan

200 gm labu kuning
100 gm batang sadri
100 gm bawang besar
100 gm mentega 50 gm tepung gandum
100 gm UHT whipping Krim
500 gm air
Garam dan lada sulah secukup rasa

Cara-cara

Cairkan mentega dan masukkan labu, daun sadri dan bawang besar cincang. Kacau hingga labu separuh masak. Masukkan tepung dan kacau lagi hingga sebati. Campur air dan biar mendidih. Kisar bahan-bahan ini hingga hancur. Panaskan semula bahan kisar dan biarkan mendidih. Rasakan garam dan lada sulah. Akhir sekali masukkan krim. Hidangkan bersama roti dan mentega.