Sup Keladi Selatah Dengan Dumpling

Ramuan / Bahan

2 biji keladi selatah - sederhana besar
10 punjut wantan
3 ulas bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 cm halia
2 cm kulit kayu manis 3 biji buah pelaga
3 cawan air
2 sudu besar minyak
Sepokok daun sup
Sedikit garam

Cara-cara

Kupas kulit keladi dan potong dadu. Panaskan minyak dalam kaserol tinggi, tekan HIGH selama 3 minit. Kemudian masukkan bahan-bahan hirisan dan bahan tumis selama 5 minit HIGH (tutup kaserol). Masukkan air dan keladi, masak selama 15 minit (HIGH). Kemudian susunkan wantan dalam sup tadi dan masak selama 3 minit (HIGH). Keluarkan dan taburkan daun sup atasnya. Hidangkan semasa panas.