Sup Istimewa Surau ArRahmah

Ramuan / Bahan

20 kg tulang lembu, dimasak air separas tulang
30 ulas bawang putih, dihiris
10 labu bawang besar, dihiris
1 kg halia, dilakar (potong tapi tak putus)
15 biji kentang di buang kulit dan dipotong empat
15 batang lobak merah, dibuang kulit dan dipotong
Garam garam secukup rasa
Daun sup dan daun bawang untuk ditabur (RM4.00)

Penumis

100 g bawang merah, dihiris
60 ulas bawang putih, dihiris
10 batang kayu manis
10 kuntum bunga lawang
40 kuntum bunga cengkih
60 buah pelaga
600 ml olein sawit (minyak masak)

Bahan-bahan untuk dimesin (rendam satu malam dalam sebuah mangkuk)
10 camca besar jintan manis (kasar)
5 camca besar jintan putih
5 camca besar ketumbar
10 camca besar kas-kas (rendam berasingan)
20 kuntum bunga lawang
3 camca besar bunga cengkih
10 batang kayu manis
3 camca besar lada hitam
Nota: mesin bahan-bahan diatas dengan secukup air setelah direndam

Cara-cara

Peraturan

1. Tulang yang telah dimasak dalam pressure cooker, dimasukkan ke dalam periuk besar. Tambah air secukupnya.
2. Masukkan bahan-bahan yang telah dihiris (bawang putih, bawang besar, halia).
3. Masukkan garam dan gula.
4. Masak hingga daging di tulang hampir empuk dan masukkan kentang yang telah dipotong empat. Bila kentang hampir empuk, masukkan lobak merah.
5. Tapis air rempah yang telah dimesin, masukkan ke dalam sup.
6. Bilas rempah dengan air dan dan ambil lagi airnya, masukkan ke dalam sup.
7. Bila daging dan kentang telah empuk, padamkan api.
8. Tumis rempah, masukkan bawang merah dan bawang putih
9. Goreng hingga gareng. Curahkan ke dalam sup.