Sup Ikan Merah

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan merah (sederhana besar)
1 bungkus sup bunjut adabi
2 biji ubi kentang (dipotong 4)
3 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
2 keping asam gelugur
1 inci halia (diketuk)
3 batang serai (dititik)
sedikit lada hitam (dikisar kasar)
daun sup
daun bawang
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
3 ½ cawan air

Cara-cara

bersihkan ikan dan toskan. Panaskan sedikit minyak kedalam periuk. tumiskan bawang merah, bawang putih berserta dengan sup bunjut. Setelah kekuningan, masukkan air,kentang,asam gelugur ,halia,serai dan lada hitam. Biarkan selama 3 minit diatas api yang sederhana. Setelah mendidih, masukkan ikan merah tadi dan tambahkan sedikit garam. Biarkan selama 2 minit atau sehingga isi ikan itu masak. Tutup api dan taburkan daun sup dan daun bawang tadi. Sedia untuk hidangan.