Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sup Ikan Bilis, Ketola Dan Telur

Ramuan / Bahan

2 camca besar ikan bilis
1 biji telur
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 biji ketola sanding (ketola juring) 2 tangkai daun bawang
2 camca sedang minyak
½ camca teh kicap cair
Garam dan lada sulah (secukup rasa)
750 ml air

Cara-cara

Ikan bilis dibuang kepala dan perutnya, basuh dan toskan. Kupas bawang merah, bawangputih, halia, ketola dan basuh semunya. Mayang bawang merah, cincang bawang putih , titik halia, potong daun bawang dan ketola mengikut suka. Panaskan minyak dalam periuk, Goreng separuh daripada bawang merah (yang telah dimayang)asingkan untuk hiasan. Goreng bawang yang bakinya, bawang putih dan halia. Goreng ikan bilis hingga hampir-hampir garing. Masukkan 750 ml air dan biarkan bahan-bahan yang digoreng itu merenih selama 1/2 jam untuk mendapat air rebusan. Memasak sup. Masukkan ketola. Pukul telur. Apabila mendidih, kacau telur yang dipukul dan angkat periuk daripada dapur. Masukkan kicap cair, garam dan lada sulah secukup rasa. Hidang semasa panas dalam pinggan sup. Hiaskan dengan keratan daun bawang yang telah dimayang dan bawang goreng.