Sup Ikan Bilis, Ketola & Telur (merebus)

Ramuan / Bahan

60 gm ikan bilis
1 biji telur
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 biji ketola sanding (ketola juring) 2 tangkai daun bawang
2 sudu besar minyak
½ sudu kecil kicap cair
Garam & lada sulah (secukup rasa)
750 ml air

Cara-cara

Bersihkan ikan bilis, buang kepala & perutnya. Basuh & toskan. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah, bawang putih, halia, ketola & basuh semuanya. Mayang bawang merah, cincang bawang putih, titik halia, potong daun bawang & ketola mengikut suka. Memasak air rebusan ikan bilis. Panaskan minyak dalam periuk. Goreng separuh daripada bawang merah (yang telah dimayang) asingkan untuk hiasan. Goreng bawang yang bakinya, bawang putih & halia. Goreng ikan bilis hingga hampir garing. Masukkan 750 ml air & biarkan bahan-bahan yang digoreng itu mereneh selama 1/2 jam untuk mendapat air rebusan. Memasak sup. Masukkan ketola. Pukul telur. Apabila mendidih, kacau telur yang dipukul & angkat periuk daripada dapur. Masukkan kicap cair, garam & lada sulah secukup rasa. Hidang semasa panas dalam pinggan sup. Hiaskan dengan keratan daun bawang yang telah dimayang & bawang goreng.