Sup Ikan

Ramuan / Bahan

1 kg ikan jenahak atau ikan merah
1.5 cm kulit kayu manis
1.5 cm halia
600 gm kentang
60 gm suhun
10 labu bawang merah
6 ulas bawang putih
1 sudu teh ketumbar biji
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh jintan putih 1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh halba
5 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 keping asam gelugur
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
1 sudu besar minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk atau mesin kasar-kasar ketumbar, lada hitam, jintan manis, jintan putih, kulit kayu manis, bunga lawang dan bunga cengkih. Bungkus ramuan dengan kain jarang. Kentang dibelah dua. Kerat suhun epanjang 5 cm. Bersihkan ikan dan toskan. Rebus ikan dengan air dan masukkan ramuan yang telah dibungkus dengan kain itu. Apabila mendidih masukkan kentang, suhun, halia, halba dan garam. Apabila empuk masukkan asam gelugur. Mayang bawang merah dan bawang putih, kemudian digoreng. Apabila kuning masukkan bawang ke dalam periuk sup dengan minyaknya sekali. Kacau selama 3 minit. Sebelum dihidangkan masukkan daun saderi dan daun bawang.