Sup Hujan

Ramuan / Bahan

½ kg leher ayam
½ kg ekor ayam
2 cm halia
½ biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 peket sup bunjut (sup tulang)
4 cm kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang
½ sudu teh lada hitam (ditumbuk)
1 tin cendawan
2 biji lobak merah
1 tangkai daun sup (dihiris halus)
Sedikit garam dan serbuk perasa
1 cawan tepung gandum (diuli dengan air seperti membuat cucur)

Cara-cara

Potong kecil ayam serta lehernya dan dibersihkan. Rebus bersama bawang besar dan bawang putih yang dimesin, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang dan lada hitam.

Apabila ayam masak, masukkan cendawan dan lobak merah yang dihiris. Tambahkan garam serta serbuk perasa.

Jemput-jemputkan adunan tadi dan masukkan ke dalam sup.Biar seketika, barulah dimasukkan daun sup dan bolehlah dihidangkan.