Dodol Daun Pandan

Ramuan / Bahan

500 gm tepung pulut
1 kg gula pasir
100 cc jus daun pandan yang pekat 3 biji kelapa parut parut dijadikan 1 liter santan pekat
1 sudu teh garam

Cara-cara

Campurkan tepung pulut, gula, santan dan garam. Kacau di atas api yang sederhana. Apabila telah pekat bahagikan dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan jus pandan dan satu bahagian biarkan tanpa warna. Masak sehingga ketika dipegang tidak melekat di tangan. Begitu juga dengan satu bahagian lagi. Apabila telah sebati dan masak, masukkan ke dalam acuan dan kacaukan hingga menjadi dua warna. Bentukka ikut suka.