Sup Hujan

Ramuan / Bahan

½ kilo leher ayam
½ ekor ayam
2 cm halia
½ biji bawang besar
5 biji bawang putih
1 peket sup bunjut (sup tulang)
4 cm kulit kayu manis 4 kuntum bunga lawang
½ sudu teh lada hitam - ditumbuk
1 tin cendawan
2 biji lobak merah
1 tangkai daun sup - dihiris halus
Sedikit garam dan serbuk perasa
1 cawan tepung gandum - diuli dengan air seperti membuat cucur

Cara-cara

Potong kecil ayam serta lehernya dan bersihkan. Rebus bersama bawang besar dan bawang putih yang dimesin, sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang, lada hitam. Bila ayam masak, masukkan cendawan dan lobak merah yang dihiris. Tambah garam serta serbuk perasa. Jemput-jemputkan adunan tepung tadi dan masukkan ke dalam sup. Biar seketika, baru masukkan daun sup dan bolehlah dihidangkan.