Sup Ekor Lembu

Ramuan / Bahan

3 camca besar minyak masak
4 biji bawang besar, dikisar halus
3 ulas bawang putih, dikisar halus
2 sm halia, dikisar halus
1 sm kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
30 g kaskas
100 g serbuk rempah kurma, dibancuh dengan sedikit air 50 g serbuk rempah ketumbar, dibancuh dengan sedikit air
5,000 ml air
5 kg ekor lembu
3 biji pelaga, dicincang halus
100 g daun saderi, dicincang halus
50 g daun bawang, dicincang halus

Cara-cara

Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bawang besar bersama bawang putih dan halia hingga ia garing. Masukkan kulit kayu manis bersama bunga lawang dan kaskas, biar ia sebentar. Kemudian masukkan serbuk rempah kurma bersama serbuk rempah ketumbar. Biar hingga ia terbit minyak sambil dikacau sekali-sekala supaya ia tidak melekat pada periuk. Masukkan air, biar hingga ia mendidih. Baru masukkan ekor lembu. Biar hingga ekor lembu lembut dan kuah pekat sedikit. Akhir sekali masukkan pelaga bersama daun saderi dan daun bawang. Angkat.