Sup Ekor Berempah Dengan Keledek

Ramuan / Bahan

400 gm ubi keledek
600 gm ekor lembu
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
8 ulas bawang merah (dihiris halus)
20 gm halia
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih ½ inci kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan
Garam
Minyak masak

Cara-cara

Rebuskan ekor lembu hingga separuh masak. Kemudian masukkan keledek.

Biarkan mendidih hingga ekor lembu empuk dan keledek menjadi hancur.

Panaskan minyak di dalam kuali kecil. Tumiskan bawang, halia, kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang adn daun pandan. Kacau hingga naik bau.

Masukkan jintan. Kacau hingga keluar minyak.

Selepas itu, tuangkan ke dalam sup tadi bersama garam dan serbuk perasa.

Biarkan mendidih seketika dan kacau hingga sebati.

Hiaskan sup dengan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.