Sup Ekor

Ramuan / Bahan

1 kg ekor lembu (dihiris sederhana)
1 biji lobak merah
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
100 gm daun saderi
Cili, halia, kayu manis, bunga cengkih & biji lada secukup rasa Hiasan:
200 gm sayur campur (brokoli, tauge, asparagus, lobak merah & daun bawang kucai)
½ sudu kecil cili (dihiris halus)

Cara-cara

Lobak merah, bawang besar, bawang putih, daun saderi dihiris panjang. Masukkan ekor, hirisan lobak merah, daun saderi, bawang besar, bawang putih & rempah di dalam periuk. Kemudian masukkan air secukupnya & masak 5 jam menggunakan api perlahan. Buang buihnya apabila ia timbul. Setelah itu tapis air
berkenaan, asingkan ekor & sayur. Letakkan ekor dalam mangkuk dan tabur brokoli, tauge, asparagus, lobak merah dan daun bawang kucai yang dijerang bersama air masin selama 1/2 minit. Masukkan bahan perasa (garam, lada dan herba kegemaran anda) ke dalam sup mengikut rasa. Kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi ekor.