Sup Daging Ubi Benggala

Ramuan / Bahan

1 kg daging bercampur tulang
600 gm ubi benggala (kentang)
2.5 cm kulit kayu manis
2.5 cm halia
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelaga
1 sudu besar ketumbar
1 sudu teh jintan manis ½ sudu teh lada sulah
1 sudu minyak sapi atau marjerin
17 labu bawang merah
8 ulas bawang putih
1 pokok daun saderi
1 pokok daun bawang
Garam secukup rasa

Cara-cara

Tumbuk kasar-kasar bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, ketumbar, jintan manis, lada sulah, halia, 7 labu bawang merah dan 3 ulas bawang putih. Bungkus semua ramuan dalam kain kasa nipis sebesar 10 cm x 10 cm. Potong daging sebesar 2 cm x 2cm. Rebus hingga air darah hilang. Tos dan buangkan air itu. Rebus daging semula air bersih dan masukkan rempah-rempah yang dibungkus. Kupas kentang dan belah dua. Masukkan ke dalam sup daging. Rebus sehingga empuk. Mayang bawang putih dan goreng dengan 1 sudu minyak. Apabila kuning curahkan bawang goreng dengan minyak ke dalam sup. Sebelum hidang tabur daun saderin dan daun bawang dan keluarkan pembalut rempah.