Sup Daging Mamak Penang

Ramuan / Bahan

Daging sekilo potong 1 inci
Carrot ikut rasa
Bawang besar belah empat
5 biji ubi kentang
{Di rebus dan di blend}
Sedikit daun bawang/sup
Bawang goreng Seketul sup bunjut Adabi
sedikit bunga cengkih dan lawang
2/3 batang kulit kayu manis
serbuk lada hitam atau lada putih
2 biji Bawang besar
4 biji bawang putih
3 inci halia
minyak untuk menumis
garam dan perasa
air suam

Cara-cara

Blend bawang besar, putih,halia dan sup bunjut..Kemudian tumis bunga cenkih, lawang, kulit kayu manis serta bahan blend. Kemudian masukkan air suam dan ubi kentang yang di blend tadi.Didihkan sebetar masukkan daging dan carrot biar empuktambahgaram perasa dan lada hitam atau putih...Sendukkan kedalam mangkuk taburkan dengan daun sup,bawang,bawang goreng...