Dodol Coklat

Ramuan / Bahan

500 gm tepung pulut
5 sudu makan chocolate emulco
1 kg gula pasir 1 liter pati santan daripada 3 biji kelapa
1 sudu teh garam

Cara-cara

Campurkan tepung pulut, gula, santan dan garam. Kacau hingga sebati pada api yang sederhana sampai pekat. Kemudian bahagikan kepada dua adunan. Satu bahagian dicampurkan chocolate emulco. Masak hingga tidak melekat di tangan. Sebahagian lagi juga dimasak hingga tidak melekat. Masukkan ke dalam loyang dan jadikan dua warna. Kemudaian bolehlah dibentuk atau dibungkus sesuka hati.