Sup Daging Ala Thai

Ramuan / Bahan

½ @ ¼ kilo daging
20 biji bebola daging
½ botol kecil coca cola (ganti wain merah)
10 biji cendawan butang
½ sudu kecil serbul lada putih
2 - 3 sudu besar sos tiram
2 - 4 sudu besar kicap cair


*1 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 labu bawang besar
*1 pokok daun ketumbar berserta akarnya
Air secukupnya untuk rebusan
Jika kurang masin tambahkan garam secukupnya

* diracik halus

Cara-cara

1. Daging dipotong lebar 1 cm panjang 3 cm.
2. Rebus daging dan bebola hingga empuk bersama bahan-bahan yang diracik, coca cola, sos tiram, kicap cair dan lada putih.
3. Setelah empuk masukkan cendawan butang