Sup Daging (merebus)

Ramuan / Bahan

150 gm tulang lembu
4 biji lada sulah
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1.5 cm kulit kayu manis
Lada sulah & garam secukup rasa
1 liter air
4 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih
1 hiris halia
2 biji ubi kentang
1 biji bawang besar
1 tangkai daun saderi
1 tangkai daun bawang
1 sudu besar minyak

Cara-cara

Basuh & potong tulang lembu. Kupas & basuh bawang, kentang & halia. Basuh bahan-bahan rempah, daun saderi & daun bawang. Belah bawang besar, ubi kentang dipotong 4 & rendam di dalam air. Potong
daun saderi & asingkan daunnya dari batang. Memasak air rebusan daging. Masukkan tulang, lada sulah, bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis, bawang (separuh sahaja), halia, bawang besar, batang saderi & garam ke dalam periuk yang diisi dengan 1 liter air. Masak hingga air mendidih & setelah mendidih, biarkan air mereneh selama 1- 1 1/2 jam / hingga daging empuk & mesra. Memasak sup. Masukkan ubi
kentang apabila daging hampir empuk. Potong daun bawang & daun saderi. Panaskan 1 sudu besar minyak & goreng bawang yang lebih hingga kuning untuk hiasan. Apabila daging & ubi kentang telah empuk, perasakan sup & hidangkan semasa panas di dalam mangkuk, hias dengan bawang goreng, daun saderi & daun bawang.