Sup Cendawan Pedas

Ramuan / Bahan

100 gram cendawan tiram
4 cawan air
Garam secukup rasa Bahan ditumbuk:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 sudu besar lada hitam

Cara-cara

Mula-mula air dipanaskan di dalam satu periuk.

Kemudian apabila air mendidih, masukkan bahan yang telah ditumbuk. Masukkan cendawan yang telah disiat kecil dan garam secukupnya.

Kacau dan biarkan selama 2 minit. Angkat dan bolehlah dihidangkan dengan nasi atau dimakan begitu sahaja.