Sup Cendawan Old Trafford

Ramuan / Bahan

½ ekor ayam,
300gm cendawan butang segar,
2cm halia,
2 ulas bawang putih,
1 biji bawang besar (yg warna kuning tau!!),
½ biji lada benggala merah(capsicum) 2 camca besar minyak,
Sebatang serai,
½ camca teh serbuk lada hitam,
garam secukup rasa
500ml air
2 camca besar sos tiram

Cara-cara

-Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar.Masukkan sos tiram dan serbuk lada hitam. Tumis hingga naik bau.
-masukkan air, serai dan ayam, biar hingga mendidih.
-masukkan cendawan, renihkan selama 5 minit.Masukkan garam secukup rasa. -Masukkan lada benggala, renihkan selama 5 minit.