Sup cendawan dan ayam

Ramuan / Bahan

200 gm daging ayam - dipotong kecil
100 gm cendawan kering- rendam dan hiris halus
3 biji telur- pecahkan dan gaul
5 camb tepung jagung- bancuh dengan 1 mangkuk kecil air
5 ulas bawang putih- cincang halus
5 ulas bawang merah- cincang halus
4 camb minyak bijan
4 camb cuka
garam, serbuk perasa dan lada sulah secukup rasa
2 mangkuk air Sedikit daun bawang atau daun pasli

Cara-cara

Panaskan minyak bijan, masukan bawang putih, bawang merah. goreng sampai naik bau.

Lepas bahan tersebut garing masukan daging ayam dan cendawan.gaul sampai ayam masak.

Masukkan air dan biar sampai mendidih. lepas itu masukan garam, serbuk perasa dan lada.

Akhir sekali masukkan tepung jagung, diikuti dengan telur dan cuka. sambil tuang ke dalam periuk sambil mengacaunya. tutup api dan bolehlah dihidangkan.