Sup Cendawan Berkrim

Ramuan / Bahan

4 sudu tepung gandum
cendawan butang dibahagi 2 [satu dikisar halus satu lagi potong halus]
1 biji bawang besar[dikisar]
3 biji bawang putih[dikisar]
2 biji kentang [dipotong dadu kecil]
serbuk lada hitam
garam
gula
air

Cara-cara

tumis bawang besar, bawang putih sehingga kuning dan naik bau.Masukkan kentang dan tunggu sehingga empuk.kemudian masukkan cendawan yang dikisar.biarkan seketika.masukkan tepung gandum yg telah dibancuh sambil kacau berterusan [mungkin akan berketul jika tidak dikacau] masukkan cendawan yg dopotong halus kemudian masukkan sedikit garam , gula secukup rasa. masukkan sedikit serbuk lada hitam mengikut selera.biarkan sehingga mendidih.