Sup Burung Puyuh Berempah

Ramuan / Bahan

4ekor burung puyuh(potong kecil dan bersihkan)
3 biji ubi kentang
1 sudu kecil serbuk perencah sup
1 sudu kecil serbuk kas-kas
4 cm kulit kayu manis
1 punjut perencah sup
½ sudu kecil lada sulah
3 cawan air 3 cm halia(ditumbuk halus)
5 ulas bawang merah(ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih(ditumbuk halus)
1 batang serai (dititik)
minyak masak untuk menumis
1 tangkai daun bawang(dihiris halus)
1 tangkai daun sup(dihiris halus)
bawang goreng secukupnya
garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak & tumiskan bahan-bahan tumbuk. Bila berbau harum,masukkan rempah sup, serbuk kas-kas,serai kulit kayu manis & punjut sup & kacau.Masukkan
daging burung puyuh.Kacau & biarkan beberapa minit sehingga daging puyuh garing sedikit.Masukkan air & ubi kentang & biarkan mendidih & empuk. Masukkan serbuk lada sulah & garam.Kacau
& padamkan api.Tabur daun sup,daun bawang & bawang goreng kemudian hidangkan.