Sup Berherba Istimewa

Ramuan / Bahan

seekor ayam @ ½ kg daging
1 camca besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil biji sawi
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili padi
3cm halia
3 batang serai
kulit kayu manis
bunga lawang
bunga cengkih
daun sup
daun bawang
2 biji tomato
garam secukup rasa
serbuk perasa
4 sudu besar minyak untuk menumis
air secukupnya

Cara-cara

ayam dibersihkan. dipotong kecil-kecil.
bhn A - bawang merah, bawang putih dimesin (jgn hancur sgt!)dan ketepikan. kemudian bhn B - mesin lada hitam,cili padi,jintan manis, jintan putih, halia,biji sawi dan serai.panaskan minyak kemudian tumiskan bhn A hingga kuning. kemudian masukkan bhn B.gaul sebati. biar sebentar kemudian masukkan air secukupnya untuk kuah sup dan biarkan hgg mendidih.masukkan ayam, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biar hgg empuk. masukkan garam, bahan perasa dan tomato (dibelah 4).bila semua dah cukup rasa blhlah tutup apinya.