Sup Bebola Ikan Tenggiri

Ramuan / Bahan

Dua keping ikan tenggiri
Satu ketol kiub ayam/bilis
1 batang lobak
1 batang, batang sadri
1 paket cendawan
Bunga kobis
Dua sudu sos tiram
1 keping asam keping
4 gelas air
garam secukup rasa Bahan untuk menumis :
3 ulas bawang merah )
2 ulas bawang putih )hendaklah ditumbuk
sedikit halia )
bunga lawang, bunga cengkih, kulit kayu manis

Cara-cara

Dua keping ikan tenggiri yang telah diambil isinya hendaklah ditumbuk bersama sedikit garam (untuk memudahkan ia digentel) setelah siap digentel, tumiskan semua bahan B.

Apabila bahan B tadi telah wangi, masukkan air dan tunggu sehingga mendidih.

Setelah itu masukkan bebola ikan tadi, beserta kiub ayam/bilis asam keping dan sos tiram, apabila ikan sudah empuk dan rasanya sudah sebati barulah dimasukkan sayur.