SUP BEBOLA IKAN

Ramuan / Bahan

UNTUK BEBOLA IKAN :-

2 KEPING IKAN TENGGIRI
3 BIJI TELUR
3 ULAS BAWANG PUTIH
SEDIKIT SERBUK LADA SULAH
GARAM
GULA










UNTUK SUP :-

3 ULAS BAWANG MERAH - BLENDER
2 ULAS BAWANG PUTIH - BLENDER
2 INCI HALIA - BLENDER
1 PEKET SUP BUNJUT-IKAN
GARAM & GULA
AIR REBUSAN TULANG IKAN

Cara-cara

1. ASINGKAN IKAN DARI KULIT DAN TULANGNYA.REBUS TULANG DAN KULIT IKAN. KETEPIKAN.
2. UNTUK MEMBUAT SUP,TUMIS BAHAN YG DI BLENDER TADI LALU MASUKAN SUP BUNJUT. BIAR HINGGA WANGI.
3. MASUKKAN AIR REBUSAN IKAN.BIAR HINGGA MENDIDIH.
4. UNTUK MEMBUAT BEBOLA IKAN, BLENDER SEMUA BAHAN YG TELAH DISEDIAKAN.DENGAN MENGGUNAKAN SUDU, MASUKKAN SESUDU ADUNAN KE DALAM SUP YANG SEDANG MENDIDIH.
5. BUAT SAMPAI HABIS.PERASAKAN DENGAN GARAM DAN GULA.
6. BEBOLA IKAN AKAN TIMBUL APABILA IA TELAH MASAK.
7. TABURKAN DAUN SUP, DAUN BAWANG DAN BAWANG GORENG. HIDANGKAN PANAS-PANAS...