Sup Bebola Ikan

Ramuan / Bahan

750 ml air
1 paket sup kincam dan cendawan
10 biji bebola ikan
5 biji cendawan kering (dihiris)
3 sudu besar minyak jagung 1 keping tauhu kering
2 tangkai daun bawang ]
1 tangkai daun kucai ] dihiris
1 biji cili merah ]

Cara-cara

Panaskan minyak jagung dalam periuk. Masukkan air, sup kincam dan cendawan.

Bila mendidih, masukkan bebola ikan, cendawan dan tauhu kering. Biarkan selama tiga minit.

Taburkan daun bawang dan daun kucai. Tutupkan api. Hiaskan dengan cili merah bila dihidangkan.