Sup Bebola Daging Simple

Ramuan / Bahan

Bebola Daging Siap(ada dijual di pasar)

Rempah A:
1 biji bawang besar- dikisar
1 biji bawang putih- dikisar
halia sebesar kuku ibu jari-dikisar

Rempah B:
l/4 sudu teh serbuk lada putih

5 cawan Air Bahan Sayur:
1 biji kentang
½ biji lobak merah
kobis (jika suka)

Perasa:
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (ajinomoto)

Hiasan:
Bawang goreng & daun sup (dihiris halus)

Cara-cara

Kisar kesemua rempah A dan tumiskan hingga naik bau.
Masukkan air untuk kuah,garam, sedikit serbuk perasa, dan ubi kentang.
Biar mendidih hingga ubi kentang menjadi empuk.
Kemudian masukkan lobak, serbuk lada putih serta bebola daging. Biar hingga bebola daging cukup masak.
Matikan api dapur.

Akhir sekali masukkan bahan hiasan tadi.