Sup Bawang Putih

Ramuan / Bahan

50 gm bawang putih (dicincang halus)
10 gm minyak masak
10 gm lobak merah (dicincang halus)
10 gm bawang merah (dicincang halus) 10 gm leek (dicincang halus)
250 ml air rebusan ayam
20 gm mentega
1 biji telur burung puyuh

Cara-cara

Panaskan minyak masak dan masukkan bawang putih, lobak merah, bawang merah, saderi dan leek. Tumiskan semua bahan ini hingga masak. Tuangkan air rebusan ayam ke dalam periuk dan biarkan hingga mendidih. Setelah mendidih tuangkan mentega dan masukkan garam secukup rasa. Hiaskan dengan telur burung puyuh yang telah digoreng.