Biskut Buah Campuran

Ramuan / Bahan

200 g tepung berserbuk penaik diayak
25 g tepung jagung
50 g gula kastor
80 g mentega 100 g buah-buahan campuran
1 biji kuning telur

Cara-cara

Satukan tepung bersama gula, mentega dan buah-buahan campuran, gaul hingga ia sebati. Masukkan kuning telur, uli hingga ia menjadi doh. Kepal-kepalkan doh menjadi bulat, tekan dengan garpu (membentuk garisan memanjang). Buat hingga habis. Susun di atas dulang bakar yang telah ditabur sedikit tepung ubi. Bakar ia pada suhu 180'C, 15 minit.