Sup Ayam Negeri Di Bawah Bayu

Ramuan / Bahan

½ kg daging ayam bersih
2 inci halia segar
daun sup/cilantro
1 peket bawang goreng siap
garam, aji secukup rasa



Cara-cara

ayam bersih di kerat-kerat.
halia bersih di hiris nipis-nipis.
daun sup di cincang halus & ketepikan.
rebus ayam bersama air dan hirisan halia sehingga mendidih.Pastikan ayam mendidih lebih kurang 3-5 minit sahaja agar air sup nya terasa manis dan ayam tetap lembut.
Perisakan secukup rasa.