Sup Ayam Istimewa

Ramuan / Bahan

1 batang kayu manis (basuh & rendam)
1 bunga lawang (basuh & rendam)
3 biji pelaga(basuh & rendam)
2 bawang besar (mayang)
4@6 bawang merah (mayang)
6 bawang putih (mayang)
½ inci halia muda (potong)
3 biji buah keras (blen)

3 sudu rempah sup serbuk (di bancuh dgn air biasa)
1 bungkus rempah sup uncang
1 ekor ayam
2 sudu tepung jagung (di bancuh dgn air biasa)
4 @ 5 sudu minyak utk menumis
Sedikit garam kasar / daun sup/ bawang goreng

Cara-cara

1. panaskan minyak, masukkan kayu manis, bunga lawang dan biji pelaga.
2. masukkan bawang besar, bawang putih, bawang besar dan halia, dan tumis hingga niak bau atau kuning.
3. masukkan buah kras, rempah sup serbuk yang telah di bancuh dan rempah sup uncang dan sedikit air. tunggu hingga tertib minyak.
4. masukkan ayam dan tepung jagung yang telah di bancuh dan kemudan tambah air mengikut citarasa anda
5. masukkan garam dan serbuk perasa
6. angkat dan taburkan daun sup dan bawang goreng. sedap di hidang panas2