Sup Ayam Halia Bara Dengan Pegaga

Ramuan / Bahan

300 gm ayam kampung (dipotong kecil)
3 cm halia bara
1 ½ sudu kecil serbuk lada hitam
5 biji kurma merah 100 gm daun pegaga
10 cawan air rebusan ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara

Masukkan kesemua bahan di atas ke dalam mangkuk sup kemudian balut mangkuk sup itu dengan plastik tahan panas. Akhir sekali jerang air di dalam periuk kukus.
Bila air mendidih, letakkan mangkuk sup
yang dibungkus plastik itu ke dalam periuk kukus & kukus selama 3 1/2 jam.