Sup Ayam Berempah

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam muda (dibersihkan & dibiarkan seekor; diperasakan)
Garam & lada sulah secukup rasa
1 sudu minyak makan
7 ulas bawang merah (dihiris halus)
1 sudu lada hitam 5 ½ cawan air
2 batang lada merah (dihiris menyerong)
2 batang lada hijau (dihiris menyerong)
2 tangkai daun sup (dicincang halus)
1 tangkai daun bawang (dicincang halus)

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang putih
1 hiris halia
2.5 belacan (dibakar)]

Cara-cara

Pijarkan minyak di atas api yang sederhana & tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan bawang merah,lada hitam,ayam yang telah diperasakan & 1/2 cawan air. Masak denagan bertutup selama 5-10 minit,dengan mengacaunya selkali-sekala. Masukkan air selebihnya & lada. Bubuhkan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 20 minit. Balikkan ayam & terus kana memasak hingga ayam menjadi cukup empuk.Sesuikan rasanya & angkat dari api. Keluarkan ayam & potongkan besar-besar.Letakkan dalam mangkuk-mangkuk sup yang berasingan. Tuangkan sup ke atasnya & taburkan dengan bahan-bahan selebihnya. Hidangkan dengan segera.